Korang nak kerja di Korea Selatan dan sedang cari peluang pekerjaan dengan syarikat Korea Selatan? Nak cari gaji dan pendapatan lebih besar dari apa yang korang dapat di Malaysia sekarang ni?. 20 tahun dulu dan sebelumnya negara Korea Selatan ni lebih mundur dari Malaysia, waktu era Tun Dr Mahathir dan Dato Anwar Ibrahim menjadi PM dan TPM. Tapi sekarang jadi sebaliknya khususnya sejak Tun Abdullah ambil alih hingga lah sekarang. Sekarang Korea Selatan jauh maju berbanding Malaysia. Pembangunan negara berkenaan kian pesat dan terdapat peluang peluang kerja dibidang tertentu. Maka ramai lah warga luar negara gangnam tu termasuk di Malaysia yang nak bekerja disana untuk dapatkan pendapatan lebih besar.
Soalnya apa benar peluang kerja begitu banyak di Korea Selatan sekarang ni, tahun 2019 ini?. Tapi tau kah korang bahawa kadar pengangguran di Korea Selatan juga kian bertambah?. Tahun 2018, pengangguran di Korea ialah pada tahap 3.8% dan angka ini bertambah seiring waktu. Tahun 2018 juga, sektor pengeluaran di Korea Selatan telah kehilangan lebih 127,000 pekerjaan dan sektor peruncitan/retail juga ikut hilang 63,000 peluang pekerjaan. Hanya sektor kesihatan, informasi dan komunikasi ada sedikit peningkatan. Perhatikan juga pada tahun 2018, jumlah pekerja di Korea Selatana adalah 26.82 juta ( bertambah amat sikit berbanding tahun sebelumnya iaitu 26.72 juta orang). Dan warga Korea yang menganggur saja ada 1.073 juta orang (2018). Dan kerajaan Korea Selatan sekarang banyak mengharapkan Hundyai Motor Group dapat membantu mengurangi masalah pengangguran di Korea Selatan.
Dan kalau korang ikuti laporan media masa termasuk tv, bermacam kisah timbul berkaitan rakyat Malaysia yang bekerja di negara berkenaan termasuklah yang tertipu dengan tawaran yang entah apa apa. Korang boleh google sendiri atau rujuk pautan ini ! Tak salah kalau korang nak berangkat bekerja di Korea, tapi pastikan peluang pekerjaan berkenaan benar benar wujud dan seperti yang didakwa. Jangan sampai hanya "indah kabar dari rupa" atau "keluar dari mulut singa, jatuh ke mulut buaya". Usaha untuk tingkatkan pendapatan diri dan keluarga memang dituntut demi taraf hidup lebih baik dan sebagai jaminan dimasa depan. Cuma jangan terburu buru membuat keputusan. Bertindaklah secara bijak dan matang!.
Ok geng..aku nak kongsi satu berita baik dengan korang semua khususnya yang teringin sangat bekerja dengan syarikat Korea. Ada kekosongan kerja di dua buah syarikat gergasi Korea Selatan yang boleh korang ambil kelak. Aku berani jamin korang tidak akan tertipu dan sengsara kehilangan duit buat belanja ke Korea dan akhirnya menderita (seperti yang banyak berlaku sebelumnya) jika bekerja di dua syarikat Korea Selatan terpilih ini. Insyallah korang tunggu posting aku selanjutnya dalam beberapa hari lagi tentang hal ini.
